Ular sawa 30kg dalam saluran air

Iklan
Anggota bomba menunjukkan ular sawa yang berjaya dikeluarkan dari saluran air di bawah lantai sebuah rumah penduduk di Taman Sri Skudai petang tadi.

JOHOR BAHRU - Seekor ular sawa sepanjang kira-kira empat meter dengan berat 30 kilogram (kg) ditemui dalam saluran air di bawah lantai sebuah rumah penduduk di Taman Sri Skudai petang tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Pegawai Bomba Kanan (II) Mohd Rusydi Nordin berkata, lapan anggota bersama sebuah jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 4.59 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mozek lantai rumah berkenaan terpaksa dipecahkan disebabkan ular sawa itu tersekat dalam saluran air tersebut.

Anggota bomba berusaha mengeluarkan ular sawa dari saluran air di bawah lantai sebuah rumah penduduk di Taman Sri Skudai petang tadi.

"Tuan rumah bertindak menghubungi bomba selepas terlihat ekor binatang seakan ular pada saluran air.

Iklan

"Bagaimanapun ular tersebut tersekat di saluran air. Pihak bomba telah memancutkan air melalui salur bantu mula daripada jentera bomba bagi memudahkan ular sawa tersebut keluar.

"Ular sawa tersebut berjaya ditangkap dan operasi ditamatkan jam 7.15 petang tadi," katanya.

Iklan