Nenek kahwini anak angkat 41 tahun lebih muda

Iklan
Mbah Gambreng mengesahkan majlis pernikahan mereka diadakan di rumahnya pada Jumaat lalu. - FOTO: AGENSI

KAYUAGUNG - Perkahwinan seorang nenek berusia 65 tahun dengan anak angkatnya yang 41 tahun lebih muda daripadanya tular sejak beberapa hari lalu di Indonesia.

Penduduk kampung di Desa Bumiharjo turut terkejut selepas mengetahui Tri Sutiyem atau lebih dikenali sebagai Mbah Gambreng mengahwini Ardi Waras, 24, dari Desa Cahaya Makmur di Kecamatan Lempuing di Sumatera Selatan.

Iklan
Iklan

Menurut Mbah Gambreng, pernikahan itu yang diadakan di rumahnya pada Jumaat lalu.

"Ia atas dasar suka sama suka,” kata wanita terbabit.

Iklan

Difahamkan, Ardi menjadi anak angkat wanita itu sejak setahun lalu dan tinggal bersamanya serta membantu Mbah Gambreng menjual dan menoreh getah milik jirannya.

Ketua kampung Desa Bumiharjo, Wahyudi juga mengesahkan perkahwinan mereka malah beliau sendiri membantu menguruskan sijil pernikahan pasangan tersebut.

Iklan

"Saya berharap mahligai dibina mereka kekal sehingga ke akhir hayat,” ujarnya. - Agensi