14 jam menahan sakit, Betty perkenal Ardy Wira

Iklan
Betty bersama suami dan anak mereka. Foto: Instagram Betty Rahmad

DEBARAN dan penantian Betty Rahmad serta suami, Ardy Damis untuk melihat serta memeluk putera sulung mereka, tercapai.

Betty memberitahu dia akhirnya selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang diberi nama Ardy Wira, pada jam 6.29 petang, semalam.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum uncles & aunties! Alhamdulillah syukur saya selamat melahirkan our lil hero Ardy Wira pada 19.1.19 at 6:29pm.

"Saya berada di dalam bilik bersalin dari jam 4 pagi hingga 6 petang, dari bukaan (pintu rahim) 3cm ke 10cm tanpa epidural. Beratnya 3.26kg.

Iklan

"Allahuakbar takkan lupa sampai bila-bila! Apa pun terima kasih semua selalu mendoakan kami, syukur baby & mummy all good," tulisnya di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Betty berkata, dia akan berkongsi gambar anaknya apabila habis tempoh berpantang nanti.

Iklan

Betty dan Ardy mendirikan rumah tangga pada 4 Februari tahun lalu.