Maut selepas rakam aksi minum racun

Iklan
Dhananjaya, 24, maut selepas meminum racun di sebuah kebun.

NEW DELHI - Seorang lelaki meninggal dunia selepas merakam sebuah video dirinya meminum racun untuk dimuat naik ke laman media sosial TikTok di Bengaluru, India pada petang Sabtu.

Dhananjaya, 24, didakwa merakam video tersebut hanya kerana ingin merasai sendiri pengalaman 'hampir mati'.

Iklan
Iklan

Jurucakap polis berkata, Dhananjaya yang menetap di Kampung Gouraganahalli membeli sendiri racun tersebut di sebuah kedai dan merakam video berdurasi 15 saat itu seorang diri.

"Dia mahu menakutkan ibunya dengan ugutan bunuh diri dan mahu rasa sendiri pengalaman 'hampir mati' dengan cara meminum racun di sebuah kebun dan mula panik selepas merasai dirinya benar-benar akan mati sebaik sahaja meminum racun itu.

Iklan

"Dhananjaya sempat menghubungi rakannya untuk memaklumkan kejadian tersebut sebelum dia dikejarkan ke hospital berdekatan dan meninggal dunia pada keesokan harinya," katanya.

Katanya, Dhananjaya sebelum ini pernah melakukan perkara sama apabila dengan sengaja melanggar sebatang pokok ketika menunggang motosikal tetapi terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Iklan

Penduduk kampung dan ahli keluarganya dikatakan sering menasihatinya untuk tidak melakukan perkara sedemikian tetapi tidak diendahkan.

Difahamkan, Dhananjaya juga sering memuat naik tentang obsesinya terhadap kematian di platform media sosial tersebut. - Agensi