Kisah rahsia Jajaran Utara Tembok Besar China

Iklan
Gambar menunjukkan Tembok Besar China. - Foto AFP

TEL AVIV - Bahagian utara Tembok Besar China didapati dibina bukan untuk menghalang pencerobohan tentera tetapi lebih kepada usaha memantau pergerakan orang awam, dakwa seorang ahli arkeologi pada Selasa lalu.

Apabila para penyelidik membuat pemetaan sepenuhnya terhadap Jajaran Utara Tembok Besar China sepanjang 740 kilometer buat pertama kali, mereka mendapati penemuan mereka itu telah mencabar tanggapan awal sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan penyelidikan kami, kebanyakan orang menganggap tujuan tembok itu adalah untuk menghalang tentera Genghis Khan," kata Gideon Shelach-Lavi daripada Universiti Hebrew Baitulmaqdis yang mengetuai kajian selama dua tahun.

Bagaimanapun, Jajaran Utara yang kebanyakannya terletak di Mongolia, merentasi kampung-kampung didapati mempunyai ketinggian rendah dan berdekatan dengan laluan sekali gus menunjukkan ia mempunyai fungsi bukan untuk ketenteraan.

Iklan

"Kesimpulan kami, ia lebih banyak digunakan untuk memantau atau menghalang pergerakan orang ramai dan ternakan. Kemungkinan ia dibina untuk mengenakan cukai ke atas mereka," tambah Shelach-Lavi.

Beliau mengesyorkan orang ramai itu mungkin bergerak bagi mencari kawasan padang rumput yang lebih panas bagi menggantikan musim sejuk.

Iklan

Pembinaan Tembok Besar yang terbahagi kepada beberapa bahagian yang sejauh ribuan kilometer bermula pada abad ketiga Sebelum Masihi dan berterusan selama beberapa abad.

Jajaran Utara yang turut dikenali sebagai Tembok Genghis Khan itu merujuk kepada seorang penakluk legenda Mongolia.

Ia telah dibina di antara abad ke-11 dan 13 dan mempunyai 72 struktur dan menara kecil.

Shelach-Lavi dan pasukan penyelidik Israel, Mongolia dan Amerika menggunakan dron, imej satelit beresolusi tinggi dan peralatan tradisonal untuk memetakan tembok tersebut dan menemui artifak bagi membantu mencari tarikh pembinaan.

Menurut Shelach-Lavi, Jajaran Utara itu sering tidak diambil perhatian dalam kajian parasa saintis kontemporari.

Kajian itu akan diterbitkan dalam jurnal Antiquity. - AFP