KUALA LUMPUR - Seorang wanita menempuh detik cemas apabila bilik tidur rumahnya di Pangsapuri Tulin Taman Sri Jati di sini terbakar pagi tadi.
Komander Operasi Bahagian Keselamatan Kebakaran Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Suhaimi Mohd Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 6.29 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Petaling dibantu BBP Seputeh serta BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi.