Troll Khalid, Mahfuz kepada Najib akhirnya 'makan diri'

Iklan

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini digelar Raja Troll oleh warga net susulan hantaran ditujukan kepada PH yang mencuit hati netizen.

Antara yang menjadi mangsa troll Ahli Parlimen Pekan itu adalah veteran DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Iklan
Iklan

Terbaru dalam tempoh berkempen di PRK Cameron Highlands, Najib sempat membuat beberapa hantaran troll terhadap Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Seperti biasa, hantaran itu mendapat ribuan komen, perkongsian dan like.

Iklan

Mungkin terkesan dengan hantaran yang dibuat Najib, Khalid membuat tiga troll balas namun boleh dikatakan hantaran itu ‘makan tuan’.

Antara troll terbaru yang dibuat adalah; ‘Semasa di Cameron Highlands berpeluang dapatkan durian dan petai. Dengar-dengar ada yang datang untuk beli strawberi. Ambo rasa sedap lagi durian dan sambal udang petai!!’.

Iklan

"Hahahambar. Move on la YB.. Mental kena kuat, jangan nak meroyan sangat...hantaran ke empat tapi tak kena la YB,” tulis Syukrail SB.

Zacky Zakri pula membuat komen;"Orang pergi Cameron Highlands memang cari buah strawberi. Setakat cari buah durian dengan petai dekat bawah pun banyak..aparrahh #hambar”.

Bagi Benz Ali Mental, Khalid seharusnya tidak perlu untuk terasa dengan apa yang ditulis oleh Najib kerana Najib merupakan pembangkang.

"Mudah koyak kau ni Khalid. Orang nak troll, kau pun nak troll. Biarlah Najib nak troll pun. Dia pembangkang. Kau tu kerajaan. Buatlah kerja. Itu pun nak kena ajar ke?,” katanya.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar turut membuat troll terhadap Najib walaupun dirinya tidak pernah ‘diusik’.

Mahfuz membuat hantaran; ‘Malu apa boss ku (slogan yang popular dengan Najib hari ini). Duit 1MDB kita sapu’.

Warga net menyifatkan apa yang diperkatakan oleh Mahfuz itu sebagai ‘serah tengkuk’.

"Khalid Samad dah teruk kena hentam, sekarang Datuk pulak masuk gelanggang. Netizens tunggu je nak kecam, sebab kebencian kami pada PH tidak boleh dipendam,” tulis Mardziah Rashid.

"Ni mesti nak backup YB Khalid yang dah lunyai tu....nak ikut lunyai juga ke,” tulis Zammir Irfan.