PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih meneliti untuk melakukan perubahan bagi takwim persekolahan termasuk kemungkinan menggunakan tempoh lazim cuti persekolahan untuk menggantikan sesi pembelajaran.
Menterinya, Dr Radzi Jidin berkata, perkara itu tidak diputuskan sebelum ini kerana masih tiada tarikh memulakan sesi persekolahan yang ditetapkan.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun katanya, mengambil kira pengumuman tarikh yang telah dibuat, perkembangan hasil penelitian berkenaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
"Kita sedang teliti dan analisa jika ada perkembangan kita akan maklum dalam masa terdekat.
"Sebelum ini tak ada tarikh (persekolahan bermula). Jadi sekarang kita lihat keperluan susun semula takwim dan akan umum masa terdekat," katanya dalam Sidang Akhbar Khas KPM di sini hari ini.