'Meriahnya macam nak sambut raya'

Iklan
Mohamad Iqbar bersama pelanggan yang datang mendapatkan perkhidmatan guntingan sempena hari pertama kebenaran beroperasi, hari ini.

IPOH - Hari pertama perkhidmatan guntingan di Sharkroni Barbershop di Meru Raya di sini meriah dengan kehadiran pelanggan sehingga ada yang sanggup beratur di luar.

Mohamad Iqbar Ros Addelin, 30, yang bertindak sebagai head barber berkata, situasi itu kebiasaannya berlaku menjelang perayaan tiba.

Iklan
Iklan

"Selalunya sibuk macam ini datang lagi seminggu nak raya, cuma kali ini proses agak lambat kerana kita telah hadkan hanya tiga pelanggan dalam satu-satu masa berada di dalam premis.

"Peralatan digunakan juga perlu melalui proses pembersihan dengan kerap selari dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya.

Iklan
Sebahagian pelanggan Sharkroni Barbershop yang datang mendapatkan perkhidmatan guntingan sempena hari pertama kebenaran beroperasi, hari ini.

Menurutnya, bukan sahaja pelanggan yang datang secara 'walk in', tempahan slot menerusi dalam talian juga diterima sejak pengumuman kebenaran beroperasi dibuat kerajaan, 6 Jun lalu.

"Bagi memastikan perjalanan operasi lancar tanpa perlu pelanggan beratur dan bersesak, kita menggalakkan temu janji dibuat terlebih dahulu.

Iklan

"Kita juga menyarankan pelanggan untuk mandi dan menggunakan syampu dahulu di rumah sebelum datang mendapatkan khidmat guntingan sebagai langkah kebersihan optimum," katanya.

Beliau berkata, operasi di premis itu akan diteruskan selama seminggu memandangkan sambutan baik daripada pelanggan.