PKPP: Pemuda teruja dapat jumpa kakak

Iklan
Suasana lalulintas di pintu masuk ke negeri ini dari Jertih, Terengganu.

PASIR PUTEH - Seorang adik berasa teruja dapat merentas negeri hari ini untuk menjemput kakaknya pulang ke kampung di Bachok selepas 'terperangkap' di Kampung Pondok Lalang, Kuala Terengganu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mengekang penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Mohammad Hamiz Haqim Ibrahim, 24, berkata, kakaknya, Mazila Ibrahim, 42, itu terperangkap bersama lima anaknya di kampung mentuanya sejak 18 Mac lalu.

Iklan
Iklan

"Kakak tiba bersama suami dan anak-anak di Kampung Pondok Lalang pada 17 Mac. Sehari kemudian kerajaan melaksanakan PKP.

"Selepas itu, kakak dan anak-anak tak boleh nak balik kampung di Bachok. Alhamdulillah, kebenaran merentas negeri oleh kerajaan bermula hari ini cukup melegakan kami semua," katanya.

Iklan

Menurutnya, secara tidak langsung ia membuka semula peluang untuk mereka sekeluarga menyambut Aidilfitri bersama-sama.

Mohammad Hamiz Haqim (kiri) berkongsi rasa teruja dapat mengambil kakak dan anak-anak saudaranya yang terkandas di Kampung Pondok Lalang, Kuala Terengganu.

Katanya, dia turun seawal 8 pagi untuk ke Kampung Pondok Lalang bagi menjemput kakak.

Iklan

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di sempadan Kelantan dan Terengganu mendapati sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Balai Polis Bukit Yong masih berjalan seperti biasa meskipun larangan rentas negeri sudah ditarik bermula semalam.

Laluan bagi kedua-dua arah bergerak perlahan ekoran kebanjiran kenderaan dari dua buah negeri selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pasangan suami isteri dari Jerteh, Terengganu menunjukkan reaksi gembira ketika melalui SJR di Bukit Yong.