Amaran itu dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ketika negara di dunia meneruskan perjuangan mengekang penularan virus itu.
Pengarah Program Kecemasan WHO, Dr Mike Ryan menegaskan, peringatan itu dikeluarkan berdasarkan angka jangkitan sejak beberapa minggu lalu.
"Berdasarkan angka jangkitan beberapa minggu kebelakangan ini, pandemik ini jelas sekali masih menular. Ia masih menular di beberapa bahagian di dunia.
"Dan kami bimbang dengan sistem kesihatan di beberapa negara yang masih bergelut, dan mereka berdepan kekangan besar yang memerlukan sokongan, bantuan serta solidariti kita,” katanya pada Rabu di Geneva.
Sementara itu, Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Gheyreyesus memaklumkan, kajian masih dijalankan berhubung penularan virus tanpa simptom itu.
"Satu yang kami pasti, mengenal pasti, mengasingkan dan menguji mereka yang mempunyai simptom dan mengesan serta mengasingkan kontak mereka adalah kaedah paling berkesan untuk menghentikan jangkitan,” katanya.
Beliau turut meminta pemimpin politik meneruskan komitmen mereka menyokong usaha membangunkan vaksin Covid-19.- AWANI