Khalwat: Cuba terjun dari hotel elak dicekup

Iklan
Mohd Rasydan menyoal siasat lelaki tersebut.

BALING - Seorang lelaki cuba melompat dari tingkat dua sebuah hotel di daerah ini bagi mengelak dicekup penguat kuasa Pejabat Agama Islam Baling ketika serbuan dilakukan kelmarin.

Bagaimanapun, lelaki berusia 30-an itu gagal berbuat demikian apabila dia ditahan anggota penguat kuasa di bumbung hotel berkenaan.

Iklan
Iklan

Timbalan Pegawai Agama Baling, Syeikh Mohd Rasydan berkata, lelaki itu dan teman wanita berusia lingkungan 20-an antara tiga pasangan ditahan dalam operasi cegah maksiat bermula jam 11.30 malam.

"Mereka akan disiasat disiasat di bawah Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana berkhalwat dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Iklan

"Dalam serbuan berasingan, dua lagi pasangan turut ditangkap ketika berkhalwat dalam khemah dan sebuah kereta. Mereka ditahan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana berkhalwat dan berkelakuan tidak sopan,” katanya.

Menurutnya, operasi yang berakhir 6 pagi itu dilakukan 15 anggota itu dan menyasarkan hotel yang terdapat di daerah Baling termasuk Pusat Reakrasi Air Panas Ulu Legong.

Iklan