12 peniaga durian dikompaun tipu alat timbang

Iklan
Gambar hiasan. FOTO: Sumber internet

IPOH - Seramai 12 peniaga durian di sekitar Perak dikompaun RM100 setiap seorang kerana menipu dengan menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak sah.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, semua peniaga itu dikesan melakukan kesalahan berkenaan semasa pemeriksaan khas terhadap peniaga-peniaga gerai durian di sekitar Perak pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Iklan
Iklan

Katanya, tindakan kompaun dikeluarkan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana menggunakan atau memiliki alat timbang sukat yang tidak ditentusahkan, ditandakan dengan cap, diperakui atau disahkan.

"Pihak kementerian tidak mengawal harga bagi komoditi durian, namun peniaga wajib mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan daripada segi penandaan harga.

Iklan

"Selain itu, peniaga juga wajib memastikan penggunaan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan dan masih dalam tempoh sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Saifullizan turut menasihati pengguna agar menggunakan hak mereka dengan bijak semasa berbelanja pada tempoh PKPP untuk mengelak daripada dimanipulasi oleh para peniaga.

Iklan

Sebarang aduan boleh disalurkan antaranya menerusi bilik gerakan rakan KPDNHEP Perak di talian 05-2414611 atau melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-2794317. - Bernama