PENGANJUR Sukan Olimpik Tokyo 2020 bersetuju dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk 'mempermudah' acara yang akan dilangsungkan pada temasya sukan itu atas faktor keselamatan dan mengurangkan kesan kewangan.
Bercakap pada sidang media pada Khamis Presiden jawatankuasa penganjur Olimpik Tokyo, Yoshiro Mori dan Ketua Pegawai Eksekutif Toshiro Muto berkata, IOC dan penganjur telah mengenal pasti 200 acara yang terbabit, namun, tidak memberikan butiran lanjut.