Lelaki cari kerang lemas jatuh bot

Iklan
Mayat mangsa diusung pasukan bomba selepas ditemui kira-kira satu batu naurtika dari kawasan pencarian mangsa dilaporkan terjatuh.

SUNGAI BESAR - Seorang lelaki yang hilang ketika keluar mencari kerang ditemukan lemas di Muara Sungai Haji Dorani di sini hari ini.

Ketua Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyalamat Selangor, Muhd Raffanjani Rahim berkata, mayat, Muhammad Rasul Zailani, 23, yang beralamat di Kampung Tebuk Marso ditemui kira-kira satu batu naurtika dari kawasan pencarian mangsa dilaporkan terjatuh.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mayat itu ditemui pada jam 12.20 tengah hari tadi oleh sekumpulan nelayan yang turut membantu Operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Operasi SAR bermula pada jam 9.40 pagi tadi sejurus pasukan kami menerima panggilan kecemasan berhubung seorang lelaki mencari kerang terjatuh dari sampannya," katanya.

Iklan

Menurut beliau, seramai 12 pegawai dan anggota bomba dari Zon 7 dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar ke lokasi kejadian.

"Agensi lain terbabit dalam operasi SAR itu meliputi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan persatuan nelayan setempat," katanya.

Iklan