Warga emas pandu mabuk didenda RM6,000

Iklan
Seorang lelaki warga emas didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol pada 6 Jun lepas.

PORT DICKSON - Seorang lelaki warga emas didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol pada 6 Jun lepas.

Majistret Siti Huzaifah Abd Talib menjatuhkan hukuman itu ke atas Syed Mahmood Syed Nazimuddin,71, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kenderaan jenis Mercedes di bawah pengaruh alkohol iaitu 211 miligram (mg) di dalam 100 mililiter (ml) darah iaitu melebihi had ditetapkan 80mg di dalam 100ml darah ketika ditahan di Jalan Kampung Baru Sirusa di sini pada jam 11.05 malam 6 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM6,000 dan boleh dipenjara sehingga 12 bulan jika sabit kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Zainul Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh kemudiannya membayar denda berkenaan. - Bernama

Iklan