ARAU - Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau di sini hari ini.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berangkat pada majlis yang berlangsung di Balai Menghadap Istana Arau.