PRESIDEN Atletico Madrid Enrique Cerezo secara berseloroh mencadangkan agar pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL), sewajarnya diberikan kepada pasukan yang menewaskan juara bertahan.
Cerezo berkata, berdasarkan perkiraan berkenaan Atletico adalah juara UCL 2019/20 ekoran kejayaan menewaskan Liverpool untuk mara ke saingan suku akhir.Menurutnya, biarpun kenyataan berkenaan agak lucu, namun ia adalah cadangan ketika UEFA sedang berkira-kira mengenai pelan untuk menamatkan UCL kali ini.
"Untuk saingan UCL kali ini, masih ada beberapa perlawanan kalah mati yang belum selesai, peringkat suku akhir, separuh akhir sebelum perlawanan akhir.
"Namun dalam kes sepert ini, saingan UCL sudah tidak lagi dipertandingkan kerana wabak koronavirus. Oleh itu, juara sewajarnya diberikan kepada pasukan yang menewaskan juara bertahan.
"Ada lagi 11 perlawanan termasuk fasa akhir UCL di mana melibatkan empat perlawanan. Saya cuma bayangkan bagaimana kerajaan menanti untuk melihat bagaimana pandemik ini berevolusi dan kemudiannya mempertimbangkan untuk membuat keputusan," katanya.
Cerezo berkata demikiian berikutan Atletico telah pun berjaya menampah slot ke suku akhir UCL musim ini setelah menewaskan juara bertahan musim lalu, Liverpool.
Untuk rekod, Atletico telah berjaya mara sebanyak dua kali ke pentas final UCL pada 2014 dan 2016 namun tewas kedua-duanya kepada gergasi La Liga, Real Madrid.
Untuk rekod, Atletico Madrid adalah antara empat pasukan yang telah pun menempah slot beraksi di peringkat suku akhir bersama Paris Saint Germain (PSG), Atalanta dan RB UCL 2019/21.
Sementara itu Cerezo berkata, cadangannya itu mungkin boleh dipertimbangkan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), terutamanya sebagai satu idea bagi menamatkan saingan UCL 2019/20.
"Kita juga tahu UEFA cuba untuk memusatkan kesemua perlawanan berkenaan di satu tempat dan antara yang dicadangkan adalah Sepanyol, Portugas dan setakat ini masih belum ada keputusan mengenainya.
"Selain itu ada juga cadangan saingan diteruskan tanpa aksi timbal balik sebagaimana lazimnya bagi peringkat suku akhir dan separuh akhir," katanya.