KULIM - Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kulim hari ini terhadap tiga pertuduhan meliwat anak rakannya yang berusia 10 tahun.
Tertuduh yang berusia 62 tahun dari Kampung Seberang Pondok Labu, didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii iaitu meliwat kanak-kanak lelaki itu tanpa kerelaannya.
Iklan
Iklan
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam tandas di Dewan Serbaguna Kampung Pondok Labu Keladi, pada jam lebih kurang 2 petang, 27 Oktober 2019 dan didakwa mengulangi perbuatan itu pada jam 3 petang, hari sama.
Mengikut pertuduhan ketiga pula, lelaki tersebut didakwa telah meliwat mangsa di sebuah kelas Kafa berdekatan Masjid Kampung Keladi pada jam lebih kurang 12 tengah malam, keesokan hari.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Akmal Abdul Ghani di hadapan Hakim, Musyiri Peet.
Mahkamah menjatuhi hukuman lapan tahun penjara dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan serta memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak.
Artikel Berkaitan