ALOR SETAR - Seorang lelaki yang dikenali sebagai Mat Tarzan ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini selepas didapati menanam pokok ganja di hadapan rumahnya berdekatan Jalan Datuk Kumbar di sini.
Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, W Nor Fadzilah W Ibrahim bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.