PUTRAJAYA - Sebanyak 330 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai berkaitan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu direkodkan oleh Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang ditubuhkan bagi membendung penyebaran berita palsu berkaitan wabak tersebut.
Iklan
Iklan
"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memuji ramai netizen yang telah bersama-sama dengan kerajaan dalam memerangi Covid-19, namun begitu terdapat segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab menyebar maklumat palsu fitnah dan lebih serius ada juga yang menghasut orang ramai untuk tidak akur kepada peraturan dan nasihat yang diberikan.
"Seperti dimaklumkan oleh YB Menteri Kanan (Keselamatan) sehingga 11 Jun 2020, sebanyak 266 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM berhubung berita palsu berkaitan Covid -19.
"30 kes telah didakwa di mahkamah, 11 diberikan notis amaran dan 18 telah mengaku bersalah. Tahniah diucapkan kepada PDRM dan SKMM yang telah terus membuat pemantauan ketat terhadap penyebaran berita palsu," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya.
Artikel Berkaitan