Syarikat penerbangan Jerman bakal buang 22,000 pekerja

Iklan

AMMAN - Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa akan mengurangkan 22,000 pekerjaan dalam usaha menangani masalah penurunan jumlah penerbangan disebabkan koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Jordan (Petra) pada Khamis.

Syarikat penerbangan itu meramalkan permintaan yang perlahan selepas krisis dan hanya akan menggunakan kira-kira 100 pesawat.

Iklan
Iklan

Lufthansa berkata, separuh pengurangan pekerjaan adalah di Jerman dan syarikat juga berharap langkah itu dapat dipersetujui kesatuan pekerja menjelang 22 Jun.

"Langkah itu bertujuan membuka jalan untuk mengekalkan sebanyak mungkin pekerjaan di Lufthansa Group," kata syarikat berkenaan.

Iklan
Iklan

Syarikat penerbangan itu mengupah lebih 135,000 kakitangan di seluruh dunia, separuh daripadanya berada di Jerman. - Bernama