Kompleks Kraf Langkawi

Iklan
Hampir tiga bulan ditutup berikutan pandemik COVID-19, Kompleks Kraf Langkawi yang menyediakan ruang niaga bagi usahawan menjual pelbagai produk kraf buatan Malaysia kini bersedia untuk menerima semula kehadiran pengunjung. Kompleks Kraf Langkawi terletak di Jalan Teluk Yu menempatkan 25 usahawan yang mempamerkan produk seperti batik, seramik, anyaman, ukiran kayu, bengkel kraf dan pelbagai barangan kraf lain. Kompleks ini juga memiliki dua buah muzium iaitu Muzium Adat Istiadat dan Perkahwinan serta Muzium Warisan. - Foto Bernama