HANOI - [DIKEMAS KINI] China sedia bekerjasama dengan ASEAN dalam penyelidikan dan untuk membangunkan vaksin koronavirus (Covid-19), kata Duta China untuk ASEAN Deng Xi Jun pada Rabu.
Kedua-dua pihak sebelum ini pernah mengadakan kerjasama anti-wabak sejak pandemik itu mula melanda rantau ini, mendorong persetujuan serantau mengadakan tindak balas kolektif secara lebih padu, di samping memperkukuh hubungan perdagangan antara ASEAN dan China.