KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melaksanakan penerbangan ihsan, dengan membawa seorang warga emas yang menghidap penyakit jantung menaiki pesawat TUDM dari Pangkalan Udara Subang, dekat sini ke Pangkalan Udara Kuching, Sarawak, bagi mendapatkan rawatan di Pusat Jantung Sarawak.
TUDM dalam kenyataan hari ini berkata, pesakit yang dikenali sebagai Wan Ujang @ Wan Ali Tuanku Sait, 71, itu menaiki pesawat A400M dari No 22 Skuadron.