Gudang simpan kasut tiruan diserbu

Iklan
KPDNHEP merampas kasut tiruan yang menggunakan jenama terkenal dalam operasi di sebuah gudang di Seri Kembangan, Selangor hari ini.

SERI KEMBANGAN - [DIKEMAS KINI] Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Kajang menyerbu sebuah gudang yang dipercayai dijadikan tempat menyimpan kasut tiruan di sini hari ini.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, serbuan menerusi Ops Tiru kira-kira jam 11 pagi itu telah merampas kasut tiruan yang menggunakan jenama popular bernilai kira-kira RM130,000 yang mana dipercayai dibawa masuk dari negara luar.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal juga percaya kasut ini akan diedar dan dijual di sekitar Lembah Klang," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, selain itu gudang berkenaan disyaki telah beroperasi sebagai tempat simpanan barang tiruan sejak dua tahun lalu.

Iklan

Katanya, siasatan masih dijalankan untuk mengesan individu yang terlibat dalam kegiatan berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Akta Cap Dagang 2019," katanya.

Iklan

Tegasnya, operasi akan diteruskan dari masa ke masa dalam usaha pihaknya membendung kegiatan penjualan barangan tiruan.