PKPP: Aliran trafik lancar di lebuh raya utama malam ini

Iklan
Keadaan semasa aliran trafik di sekitar Plaza Tol Gombak menghala Pantai Timur kelihatan lancar kira-kira 6 petang tadi. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama negara dilaporkan lancar dan terkawal setakat 9 malam ini.

Jurucakap Plus Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik ke utara dan selatan lancar selepas pergerakan rentas negeri dibenarkan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Iklan
Iklan

"Memang ada peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya namun terkawal. Trafik hanya perlahan jika cuaca hujan atau berlaku kemalangan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Plaza Tol Gombak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 serta LPT 2 di kedua-dua arah juga dilaporkan lancar setakat ini.

Iklan

"Trafik hanya perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari KM34.7 hingga KM41.1 iaitu Genting Sempah-Bukit Tinggi arah timur berikutan ada kenderaan rosak,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter Plus atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter LLM.- Bernama

Iklan