KSU politik Ketua Menteri Sabah meninggal dunia

Iklan

KOTA KINABALU – Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hisham Abdul Fattah meninggal dunia di Hospital Gleneagles di sini malam ini.

Allahyarham yang berusia 60 tahun meninggal kira-kira jam 9 malam ketika menerima rawatan di hospital berkenaan sejak dua bulan lepas kerana penyakit kanser hati.

Iklan
Iklan

Adik kepada Ketua Menteri Sabah Zulkifli Apdal ketika dihubungi Bernama malam ini berkata jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid Negeri Kota Kinabalu.

Katanya jenazah Allahyarham akan dibawa ke Tawau menggunakan penerbangan pada 7.40 pagi esok dan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran pekan Semporna.

Iklan
Iklan

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak lelaki. - Bernama