Pemilik NCS Craft Garden Landskap Meizi Chong, 32, menunjukkan Pokok Lidah Jin atau juga dikenali pokok Lidah Mentua di sebuah tapak semaian di Jalan Kuala Kangsar baru-baru ini. Pokok Lidah Jin atau ‘Snake Plant’ semakin mendapat tempat di hati kaum wanita untuk dijadikan sebagai dekorasi di dalam rumah. Bagaimanapun seorang Ahli Kimia Dr Fatimah Salim melahirkan kebimbangan penyimpanan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorgamisma seterusnya menjejaskan kesihatan terhadap golongan tertentu. Permintaan pokok Lidah Jin meningkat selepas ia tular sehingga menyebabkan pengusaha kerap menambah bekalan yang diperoleh dari Cameron Highlands. - Foto Bernama
Pokok Viral
Iklan