Tahan 'azab' cincin tersangkut di jari

Iklan
Anggota bomba memotong cincin yang tersekat di jari tengah kanan seorang wanita di BBP Sungai Besar semalam.

SUNGAI BESAR - Seorang wanita terpaksa menahan azab apabila cincin dipakainya gagal ditanggalkan sejak beberapa minggu lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Khuzaimey Ibrahim berkata, akibat tidak dapat menanggung kesakitan, wanita berusia lingkungan 20-an itu mengambil keputusan ke BBP Sungai Besar bersama dua rakannya pada jam 1.13 petang semalam untuk mendapatkan bantuan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa menggunakan pelbagai cara untuk mengeluarkan cincin yang dipakai di jari kanan tengah sebelum ini namun gagal dan memutuskan menyerahkan perkara itu kepada pihak bomba untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"Berdasarkan keterangan mangsa, cincin emas yang dipakainya beberapa minggu lalu tersekat di jari dan tidak dapat ditanggalkan," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan
Iklan

Khuzaimey berkata, pihaknya berjaya menanggalkan cincin terbabit dalam tempoh masa kira-kira 15 minit.