PUTRAJAYA - Waktu operasi kaunter pusat bayaran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk semua jenis perkhidmatan di Kuala Lumpur bagi urusan secara tunai dan selain tunai dari Isnin hingga Jumaat adalah bermula dari jam 8 pagi hingga jam 4.30 petang.
Menurut kenyataan LHDN hari ini, bagi pusat bayaran di Kuching dan Kota Kinabalu pula, urusan bayaran secara tunai bermula jam 8 pagi hingga jam 3.30 petang dari Isnin hingga Jumaat manakala bayaran selain tunai adalah dari jam 8 pagi hingga jam 4.30 petang.