Tiada lagi sidang akhbar harian Covid-19

Iklan
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan tiada lagi sidang akhbar harian berkenaan perkembangan koronavirus (Covid-19) mulai minggu depan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada yang hadir pada hari Sabtu ini (hari ini).

Iklan
Iklan

"Kita tetap memberi maklumat terkini tetapi mungkin minggu depan kita akan 'jarakan' sidang akhbar dan saya ucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan (iaitu) media yang telah bekerja keras untuk bersama menjayakan bagi memutuskan jangkitan Covid-19 dalam negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian sebelum mengakhiri sidang akhbar hari ini yang menjadi rutin harian sejak negara dilanda pandemik itu sejak lebih tiga bulan lalu.

Iklan
Iklan

Sejak lebih tiga bulan lalu, Dr Noor Hisham yang turut dilabel sebagai manusia paling popular di Malaysia muncul di kaca televisyen setiap hari bagi memaklumkan perkembangan terkini Covid-19 di negara ini.