Gelandangan digelar 'bintang'

Iklan
Seorang wanita mengucapkan terima kasih kepada seorang lelaki gelandangan yang memulangkan kad debit dan lesen memandu di kedai B&M, Walton pada minggu lalu. - Foto Google Maps

LIVERPOOL - Seorang lelaki gelandangan yang memulangkan kad bank milik seorang wanita di sini telah diberi gelaran sebagai seorang bintang.

Menurut portal berita The Eco, ibu wanita tersebut menggunakan media sosial untuk mengucapkan terima kasih kepada lelaki muda tersebut.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, ibu itu tidak berhasrat mendedahkan namanya sendiri.

Semasa kejadian, dia bersama seorang anak perempuannya berada di sebuah kedai di Utting Avenue, Walton di sini pada 6 Jun lalu.

Iklan

Namun, lelaki gelandangan itu dengan tiba-tiba memulangkan kad debit bank, lesen memandu kepada anak perempuannya.

Kad debit bank dan lesen memandu itu dipercayai telah tercicir.

Iklan

Kata ibu tersebut, lelaki berkenaan berlari ke arah anak perempuannya semasa dia memulangkan kad dan lesen tersebut.

Menurut kenyataannya di Facebook:"Kepada lelaki tidak berumah yang tinggal di luar B&M Walton, terima kasih kerana berlari ke arah anak perempuan saya dengan kad bank yang tercicir."

Katanya, dia amat baik dan bersopan-santun.

Apabila saya mahu untuk mengucapkan terima kasih kepadanya, dia berkata kepada saya:"Saya tidak akan mencuri dan saya gembira dia (anak perempuannya) dapat memperolehnya (kad debit bank dan lesen memandunya). - Agensi