Dibelasah enggan beri rokok

Iklan
Mangsa yang dipukul dalam kejadian petang tadi.

DUNGUN - Enggan memberi sebatang rokok yang diminta, seorang warga Rohingnya cedera akibat dipukul dengan besi pembuka skru dalam kejadian di kampung Alur Tembesu, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.00 petang, mangsa berusia 20 tahun cedera di beberapa bahagian badan termasuk di muka akibat dipukul dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-30 an.

Iklan
Iklan

Sewaktu kejadian, mangsa yang juga juga pemegang kad pelarian UNHCR dalam perjalanan dari kediamannya menuju ke sebuah kedai berhampiran sebelum didatangi dua suspek.

Salah seorang suspek meminta sebatang rokok tetapi mangsa mengatakan dia tidak merokok .

Iklan

Kedua-dua suspek yang berang bertindak memukul mangsa dengan menggunakan besi pembuka skru menyebabkan mangsa berlumuran darah di kepala dan cedera di bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supritenden Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Iklan

Menurutnya, kedua - dua suspek turut dipercayai terlibat dalam satu kes yang sama pada hari Jumaat lepas iaitu seorang warga asing menerima dipukul seperti mangsa.

"Kita sekarang sedang giat mengesan suspek dan kita jangka kedua-dua mereka akan dapat ditahan berikutan mangsa dapat mengecam kedua - dua suspek," katanya.

"Mangsa yang cedera telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda,"katanya.