JAIPk nafi keluarkan tatacara pengurusan ibadah korban

Iklan
JAIPk tidak pernah mengeluarkan sebarang dokumen berhubung tatacara pengurusan ibadah korban semasa PKPP di negeri itu sebagaimana yang tular di media sosial. - Foto Bernama

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) tidak pernah mengeluarkan sebarang dokumen berhubung Tatacara Pengurusan Ibadah Korban Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri itu sebagaimana yang tular di media sosial sejak semalam.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusof Husin berkata, tatacara berkenaan bersempena dengan sambutan Aidiladha tahun ini sedang dalam peringkat semakan dan penelitian.

Iklan
Iklan

"Ada beberapa perkara masih dalam semakan sebelum dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Yusof berkata, sebarang dokumen berkaitan tatacara yang tersebar ketika ini adalah tidak sah dan JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas perkara itu.- Bernama

Iklan
Iklan