Turun naik kes Covid-19 tak jejas proses pemulihan ekonomi

Iklan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) mendengar penerangan mengenai penanaman cendawan dalam bongkah dari Ketua Pegawai Eksekutif DXN Agrotech Sdn Bhd Datuk Syed Isa Syed Alwi (kanan) ketika mengadakan tinjauan ke tapak Projek Program Pembangunan Peneroka (PPP) di Felda Bukit Rokan, di sini hari ini. - Foto Bernama

TAMPIN - Proses pemulihan ekonomi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setakat ini tidak terjejas meskipun berhadapan dengan situasi turun naik kes koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Bagaimanapun, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, penularan Covid-19 memberi kesan terhadap psikologi masyarakat yang akan menjadi halangan utama memulihkan semula ekonomi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, hasrat kerajaan memulihkan sebahagian sektor dalam ekonomi sudah berjaya dan paling utama kejayaan dalam menangani isu kesihatan yang kini menjadi antara contoh terbaik di dunia.

"Kita bersyukur selepas hotel kecil sudah mula menerima tempahan, syarikat penerbangan juga beroperasi dan industri kecil dan sederhana kembali aktif sejak 10 Jun lalu," katanya pada sidang akhbar selepas selesai lawatan kerja ke Felda Bukit Rokan, Wilayah Raja Alias di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, cara Malaysia menangani Covid-19 menjadi contoh kepada negara membangun dan maju.

"Cara kita tangani krisis ini jadi ikutan negara lain bukan sahaja negara membangun tetapi negara maju pun banyak merujuk kepada kita... jadi sekarang ini fasa pertama tangani hal kesihatan dan fasa kedua untuk memulihkan ekonomi dan pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang sudah diumumkan 5 Jun lalu sekarang dipantau dengan rapi,” katanya

Iklan

Mustapa berkata, dianggarkan 90 peratus rakyat Malaysia sudah kembali bekerja.

"Sekarang tumpuan kerajaan antara lain untuk memberi penjelasan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) dan perlu lebih banyak pertemuan dengan pihak terlibat.

"Saya rasa kalau SOP ini dapat dijelaskan lagi kita akan dapat lihat pembukaan beberapa sektor ekonomi,” katanya.