Derma darah bantu 1,000 pesakit setiap hari

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

PUTRAJAYA - Sebanyak 2,000 beg darah secara puratanya didermakan oleh rakyat Malaysia digunakan untuk membantu 1,000 pesakit setiap hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, melalui sumbangan itu, ramai nyawa insan dapat diselamatkan.

Iklan
Iklan

"Pada hari ini iaitu 14 Jun setiap tahun, seluruh dunia menyambut Hari Penderma Darah Sedunia.

"Hari ini merupakan hari yang amat bermakna bagi penderma darah, penganjur kempen derma darah dan kita semua.

Iklan

"Peranan penderma darah dan penganjur kempen derma darah adalah amat besar," katanya pada sidang media situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat berbangga dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang menderma dan menyumbang kepada aktiviti-aktiviti pendermaan darah.

Iklan

"Teruskan usaha murni anda. KKM juga mengalu-alukan orang ramai agar terus tampil menderma darah serta menganjurkan kempen-kempen derma darah.

"Dengan itu daripada pihak KKM, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Penderma Darah Sedunia kepada semua penderma darah dan penganjur kempen derma darah di seluruh negara," katanya.