Inter patut ke final bukan Napoli

Iklan
Reaksi Eriksen (kiri) dan Stefan de Vrij ketika meninggalkan padang selepas tewas kepada Napoli pada saingan Piala Itali di Stadium San Paolo.

PENGENDALI Inter Milan, Antonio Conte menyifatkan skuadnya lebih layak mara ke final Piala Itali berbanding Napoli berdasarkan pertembungan kedua-dua gergasi Serie A itu.

Menurut Conte, pemain Nerazzurri memberikan aksi terbaik masing-masing sama seperti sesi latihan sebelum ini pada perlawanan timbal balik kedua berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pemain Inter Milan memberikan segalanya pada perlawanan penting ini sama seperti ketika di sesi latihan, namun pengakhirannya amat mengecewakan apabila kami gagal mara ke pentas final.

"Berdasarkan persembahan pemain sepanjang perlawanan sejujurnya kami lebih layak meraih tiket ke final bukannya Napoli.

Iklan

"Apapun saya akui bahawa pemain saya dapat memperoleh pengalaman dalam perlawanan berprofil tinggi seperti ini bahawa setiap minit perlawanan amat berharga kepada kelab,” katanya.

Pada aksi di Stadium San Paolo itu, jaringan Dries Mertens membawa skuad kendalian Gennaro Gattuso itu ke final dengan kemenangan agregat 2-1 selepas mengatasi tuan rumah 1-0 di San Siro Februari lalu sekali gus memadamkan gol pendahuluan Christian Eriksen.

Iklan

Sementara itu, pengendali Napoli, Gennaro Gattuso memuji persembahan luar biasa anak buahnya dalam misi meraih slot ke final berkenaan.

"Pemain Napoli pada hari ini mempamerkan satu permainan yang penuh berdisiplin di padang sehingga menyukarkan pemain lawan menyaingi kami.

"Saya bangga kerana tidak hanya memiliki skuad yang cukup berkualiti tetapi juga karakter semangat melawan untuk bangkit. Inilah kekuatan yang akan kami bawa ke pentas final,” katanya.