Tekanan jiwa, anak acu parang pada bapa

Iklan
Gambar hiasan

GERIK - Polis menahan seorang lelaki yang bertindak agresif cuba menetak bapanya dengan menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Tanjung Kala di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, suspek yang juga duda berusia 46 tahun itu mengacu senjata berkenaan ke arah bapanya ketika mereka berada di dapur.

Iklan
Iklan

"Dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu, bapa suspek yang berusia 74 tahun memarahinya dan dia hanya mendiamkan diri sambil mengacu parang.

"Warga emas terbabit bersama isterinya terus melarikan diri ke rumah adik ipar mereka yang terletak tidak jauh dari kediaman mereka.

Iklan

"Bagaimanapun, suspek mengikut mangsa dengan membawa parang tetapi dihalang oleh seorang saudara mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, polis menerima laporan berhubung kejadian itu dan menahan suspek di lokasi kejadian.

Iklan

Ismail berkata, berdasarkan keterangan, mangsa tidak mengetahui punca sebenar suspek bertindak demikian tetapi siasatan mendapati suspek seorang penagih dadah dan bekerja sendiri.

"Suspek dipercayai mengalami tekanan jiwa direman selama tiga hari sehingga Selasa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya.