Pendaki patah pergelangan kaki jatuh bukit

Iklan
Mangsa dibawa turun dengan pengusung oleh bomba tadi.

GEORGETOWN - Seorang pendaki patah pergelangan kaki kiri selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Jambul, Relau di sini tadi.

Jurucakap bomba berkata, lelaki berusia 42 tahun itu dipercayai terjatuh ke lereng bukit yang menjadi lokasi popular pendaki di negeri ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.15 petang dan tiba di lokasi beberapa minit kemudian.

"Lelaki berkenaan mengalami patah pada pergelangan kaki kirinya dipercayai terjatuh ke lereng bukit.

Iklan

"Mangsa ditemui di tebing bukit oleh orang awam dalam keadaan tidak bermaya dan diberi rawatan awal sebelum dibawa turun menggunakan pengusung pada jam 5 petang tadi," katanya ketika dihubungi tadi.

Mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

Iklan