Mayat pembantu kedai ditemui dalam sungai
Iklan
Mayat mangsa yang berpakaian lengkap ditemukan di tepi Kuil Waterfall, Pulau Tikus petang tadi.
GEORGETOWN - Mayat seorang lelaki ditemukan dalam terusan di tepi Kuil Waterfall, Pulau Tikus di sini pada jam 4.30 petang tadi.
Mangsa, lelaki berusia 51 tahun ditemui orang awam dalam keadaan lengkap berpakaian.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan mendapati mangsa meninggal dunia lebih 24 jam.
Menurutnya, pada jam 12 tengah hari tadi, keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangannya sejak dua hari lalu.
Iklan
"Menurut keluarganya, kali terakhir mereka berjumpa mangsa pada 12 Jun lalu dan sempat membawanya mendapatkan perubatan tradisional kerana mangsa sering diserang sawan sejak seminggu lalu. Mangsa juga berperwatakan pelik seperti dirasuk dan meracau selain sering bercakap seorang diri.
"Keadaan mangsa dikatakan pulih sedikit dan dia telah keluar seorang diri pada jam 10.30 malam (12 Jun) dan tidak pulang ke rumah sehingga ditemukan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi tadi.
Iklan
Beliau berkata, mangsa yang masih bujang dilaporkan mempunyai masalah penagihan dadah serius dan ada beberapa rekod jenayah lampau.
"Mangsa tinggal di Mount Erskine dan bekerja sebagai pembantu kedai. Siasatan juga mendapati dia tidak mempunyai masalah dengan pihak lain dan pemeriksaan pada mayat mangsa juga mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atau unsur jenayah.
"Siasatan di tempat kejadian juga tidak menemui sebarang objek atau unsur jenayah. Mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam