DBKL tutup 127 premis warga asing

Iklan
Antara premis yang dikenakan tindakan penutupan oleh DBKL.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mengambil tindakan menutup 127 premis yang dikendalikan warga asing di sekitar ibu negara sehingga 7 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, sebanyak 93 premis melibatkan perniagaan kedai baju, pasar mini, kedai perabot, kedai serbaneka, produk jamu dan lain-lain.

Iklan
Iklan

Menurutnya, turut dikenakan tindakan penutupan 17 restoran, 14 kedai alat telekomunikasi, dua gerai dan kios makanan dan satu pusat cucian kereta.

"Kebanyakan premis didapati disewakan warga tempatan iaitu pemilik lesen kepada warga asing.

Iklan

"Bila kita serbu premis, warga asing ini akan beri macam-macam alasan kononnya mereka hanya pekerja dan pemilik kedai keluar solat, pergi beli barang dan sebagainya.

"Sekarang ini dalam tindakan penguatkuasaan dijalankan, memang kita akan ambil tindakan penutupan kedai sekiranya terdapat peniaga atau pembantu warga asing di dalam premis.,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Khairul Azmir berkata, tindakan DBKL akan terus dijalankan dari semasa ke semasa.

"Selepas tindakan lebih tegas diambil, pihaknya mendapati kini pemilik kedai mula munculkan diri dan menjaga premis masing-masing. Nampak memang ada perubahan apabila pemantauan dan penguatkuasaan dijalankan secara berterusan.

"Tindakan diambil di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) dan akan dijalankan dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, DBKL memaklumkan akan bertindak tegas dengan menguatkuasakan UUK sedia ada bagi memastikan tiada warga asing terlibat dalam industri perniagaan khususnya sektor penjajaan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, dalam perancangan aktiviti perdagangan dan perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, DBKL menghadapi kebanjiran peniaga warga asing khususnya di sektor tred, perniagaan dan industri serta penjajaan.

Katanya, DBKL akan menjalankan tindakan penguatkuasaan yang turut membabitkan agensi lain termasuk Jabatan Imigresen Malaysia.