TOKYO - Pentadbiran Tokyo pada Ahad mengesahkan terdapat 47 jangkitan baharu koronavirus (Covid-19) dilaporkan, jumlah tertinggi dicatatkan sejak 5 Mei.
Daripada jumlah itu, 18 orang membabitkan pengunjung pusat hiburan, kata Gabernor Tokyo Yuriko Koike, lapor Kyodo News.