RM19,998 lesap ditipu 'pegawai SPRM'

Iklan
Noorzainy Mohd Noor

BUTTERWORTH - Seorang wanita kerugian RM19,998 selepas terpedaya dengan sindiket 'Telephone Scam' yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mangsa berusia 27 tahun itu dikatakan menerima panggilan telefon daripada lelaki yang mengaku pegawai SPRM dan memberitahu syarikat milik mangsa mempunyai tunggakan cukai dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang perlu dijelaskan secepat mungkin.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa yang terkejut dengan makluman itu memberitahu yang dia tidak pernah memiliki apa-apa syarikat.

Menurutnya, panggilan itu kemudiannya disambungkan kononnya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah untuk membuat laporan dalam talian.

Iklan

"Setelah disoal siat oleh beberapa orang polis dari IPK Kedah, mangsa telah dihantar pautan web melalui whatsApp dan diminta untuk muat turun aplikasi tersebut.

"Mangsa tidak mengesyaki sesuatu kerana ia aplikasi Bank Negara Malaysia dan dia hanya mengikut arahan dengan mengisi segala maklumat peribadi dan butiran bank miliknya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Noorzainy berkata, wanita itu juga diberi amaran agar tidak menceritakan hal ini kepada sesiapa.

Bagaimanapun, mangsa hanya sedar ditipu selepas dia cuba untuk 'log in' ke akaun perbankan internet, tetapi tidak boleh kerana kata laluannya sudah ditukar.

Curiga dengan keadaan itu, mangsa terus membuat semakan dengan pihak bank dan mendapati wang dalam akaun banknya telah berkurangan sebanyak RM19,998 kerana dipindahkan ke akaun bank milik individu tidak dikenali.

"Menyedari dia terperangkap sindiket penipuan, wanita itu terus membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

"Setakat ini polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemilik akaun yang menerima pindahan wang berkenaan dan kes kini dalam siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.