LANGKAWI - Lima lelaki ditahan ketika sedang leka membungkus dadah dalam serbuan polis di Kampung Bohor Tempoyak, Kedawang, di sini, sekitar jam 5.25 petang, pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menemui beberapa jenis dadah dalam serbuan itu antaranya satu peket plastik lutsinar berisi ceraian tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 0.56 gram (g).
Iklan
Iklan
"Polis turut menemui tiga plastik lutsinar, lima keratan straw berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 17.65 gram dan tujuh peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 1.3 gram.
"Berdasarkan semakan, kesemua suspek didapati memiliki pelbagai rekod lampau kesalahan jenayah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, kelima-lima suspek itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.