Gempa bumi landa Halmahera, Indonesia

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter berlaku di Halmahera, Indonesia pada jam 12.15 tengah hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gegaran terletak 1.3 darjah utara dan 127 darjah timur dengan kedalaman 126 kilometer (km), kira-kira 68km barat laut dari Ternate, Indonesia.

Iklan
Iklan

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami pada Malaysia. - Bernama