Mayat kedua tragedi perahu karam di Belawai ditemukan

Iklan

SIBU - Mayat seorang lagi nelayan yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di muara Tanjung Melubak, Belawai, kira-kira 107 kilometer dari sini pada Sabtu lepas ditemukan pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, mayat Elfika Ahmad, 29, ditemukan terapung di Sungai Bako, Tanjung Jerijih, kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian kira-kira jam 8.30 pagi tadi sebelum dibawa ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Iklan
Iklan

"Mayat telah dikenal pasti oleh abang mangsa yang membuat pengecaman dan berikutan penemuan ini operasi pencarian telah ditamatkan kira-kira 10 pagi,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini.

Pada jam 6.44 pagi semalam, mayat Ibrahim Abang Resdi, 52, yang dilaporkan hilang bersama-sama Elfika ditemukan terdampar di pantai kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Kedua-dua mereka antara 22 nelayan yang menaiki 11 perahu yang kesemuanya karam selepas dipukul ombak kuat dalam kejadian jam 7.30 malam Sabtu lepas. Mereka yang lain berjaya menyelamatkan diri. - Bernama