PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia di luar negara disarankan membuat ujian saringan koronavirus (Covid-19) tiga hari sebelum mereka pulang ke tanah air, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, ia berikutan terdapat isu tempoh waktu menunggu yang terlalu lama apabila mereka yang pulang dari luar negara tiba di lapangan terbang untuk menjalani ujian saringan Covid-19.