41 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, tiada kematian

Iklan
Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Sebanyak 41 kes baharu positif wabak koronavirus (Covid-19) direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes itu meningkat kepada 8,494 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan wabak itu ialah 973 orang.

Iklan
Iklan

"Daripada 41 kes baharu yang dilaporkan, tiga kes membabitkan kes import warga Malaysia yang mendapat jangkitan di luar negara.

"Daripada 38 kes penularan di dalam negara, 32 kes bukan warganegara manakala enam kes dalam kalangan warga Malaysia," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, jangkitan dalam negara yang membabitkan warga asing ialah 14 kes di Akademi Imigresen Malaysia, Port Dickson iaitu Orang Kena Tahan (OKT) yang dipindahkan ke sana daripada Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, 15 kes Kluster Pedas dan dua kes Kluster Syarikat Pembersihan.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 54 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Iklan

Katanya, jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya ialah sebanyak 7,400 kes atau 87.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kekal sebanyak 121 kes," katanya.