Ibu tunggal anak dua ditangkap khalwat

Iklan
Pasangan berkenaan ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Lorong Sharif di sini hari ini.

ALOR SETAR - Seorang ibu tunggal dua anak ditangkap khalwat dengan seorang lelaki berusia 38 tahun di kediaman lelaki berkenaan di Lorong Sharif di sini hari ini.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pasangan berkenaan ditahan pada jam 10 pagi oleh sepasukan anggota JAIK selepas menerima maklumat awam.

Iklan
Iklan

Katanya, wanita berusia 26 tahun itu pergi ke rumah lelaki berkenaan yang belum berkahwin bersama salah seorang anaknya yang berusia 4 tahun.

"Ketika tiba di rumah berkenaan, kita dapati anaknya sedang bermain di bawah rumah sementara pasangan berkenaan sedang tidur," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Radzi berkata, susulan itu, mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat dan diberi notis untuk hadir ke pejabat agama.

"Biasanya kita akan bawa pasangan yang ditahan ke balai polis untuk membuat laporan sebelum dibawa ke pejabat agama. Tetapi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita perlu menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Iklan

"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.